Hari ketiga, kami berkunjung lagi ke Dewan Pimpinan Tingkat Pusat PKS atau Markaz Dakwah untuk berjumpa dengan pengurus SALIMAH salah satu wadah Bidang Perempuan PKS sebagai organisasi masa (ormas) Persaudaraan Muslimah PKS. Kami disambut dengan alunan lagu SALIMAH oleh pasukan pengurusnya. Perkongsian gerak kerja serta aktiviti wanita dari ketiga buah negara telah juga dibentangkan. Pelbagai aktiviti dan program telah dikendalikan SALIMAH tanda kepedulian mereka terhadap perempuan, keluarga dan anak warga Indonesia. Untuk maklumat lanjut boleh layari: www.salimah.org.id
Pengurus SALIMAH memperdengarkan lagu Salimah
Pada tengah harinya, kami dibawa ke Dewan Parlimen Republik Indonesia DPRI sebagai tetamu khas Ahli Legislatif Aleg Ustazah Herlini Amran. Kami diberitahu terdapat 8 partai dan 390 kerusi dalam DPRI di mana PKS mempunyai 57 kerusi yang terdiri dari 3 orang perempuan iaitu almarhum ibu Yoyoh, ibu Lidia Hanifah dan ustazah Herlini Amran sendiri.
Di antara fungsinya adalah untuk memantau beberapa kementerian. Walaupun sibuk dengan tugasannya ditambah dengan rakyat di luar sana yang masih berdemo terhadap kenaikan minyak, sempat juga dia melayani kami dengan mesra dan tawaddu’ walau pun sekejap. Kata-kata awalnya adalah “Dimana saja kita berada, kita adalah daie’. Walaupun menjadi aleg, tetapi peranan utamanya adalah berdakwah. Akhirnya setiap seorang daripada kami dihadiahkan dengan sebuah buku hasil karyanya sendiri yang berjudul ‘Fikih Wanita – Panduan Harian Muslimah’. Masya Allah...... sibuk-sibuk pun masih sempat menghasilkan buku.
Bersama Aleg Ibu Herlini Amran di DPRI
Wanita IKRAM bersama Ustazah Herlini Amran di
Dewan Mesyuarat PKS Bangunan Parlimen Republic Indonesia
Setelah makan siang di DPRI, kami meneruskan perjalanan untuk bertemu Menteri Komunikasi dan Informatika (Menkominfo). Singgah sekejap untuk solat zohor dan asar di masjid Depok. Disini terdapat sukarelawan/petugas khas untuk menyimpan kasut dan sandal bagi mereka yang datang ke masjid. Tak perlu bimbang akan kehilangan kasut lagi.
Menjelang waktu Maghrib, kami tiba di rumah kediaman rasmi Menkominfo Hj Ir Tiffatul Sembiring menteri komunikasi dan informatika bersama isterinya Ibu Sri Rohayu yang juga Aleg DPRD. Setelah solat kami dijamu dengan grand dinner. Alhamdulillah, makanannya enak sekali. MasyaAllah, walaupun dah jadi menteri; masih sebati dengan semangat dakwah.
Beliau memberikan ucapannya secara ringkas tentang perjalanan hidupnya dari awal mengenal tarbiah hinggalah menjadi menteri. Dikatakan kisahnya pasti akan menitiskan air mata dan kisah tersebut sedang dibukukan dengan judul yang bertajuk ‘Di Sepanjang Jalan Dakwah’ (masih menunggu untuk dicetak). Rasanya kami semua pakat tempah. InsyaAllah boleh kongsi nanti. Ada juga soalan diajukan mengenai peristiwanya bersalaman dengan 1st lady Obama. Alhamdulillah mantap jawapannya. Dalam majlis bersama Menkominfo ini kami berkesempatan juga bertemu dan bergambar dengan Dra. Hj. Wirianingsih, M. Si ibu kepada 10 anak penghafal Qur’an dan juga bekas presiden Badan Musyawarah Organisasi Islam Wanita Indonesia BMOIWI. Kepetahannya bercakap mengkagumkan pendengar. Masa terlalu suntuk, tak sempat nak bertanya hal. Diberitahu yang dia pun ada menulis buku berkaitan dirinya. MasyaAllah kena tahu bagaimana mereka boleh mencapai ketahap ini.
Pelbagai jenis makanan yang enak2 di sajikan
oleh Pak Menteri Menkominfo
Menteri Komunikasi dan Informatika
Hj Ir Tiffatul Sembiring sedang berucap
Siti Arfah Unit Jaringan WIKRAM, Dra. Hj. Wirianingsih M.Si bekas KBMOIWI,
Wan Kamariah KWIKRAM Ps
No comments:
Post a Comment