Hari keempat lawatan kami dibawa pula ke Rumah Zakat di MADANI CENTER-Family Resort and Training Centre Bandung.Oh cantik sekali pemandangannya. Ada disediakan bilik2 penginapan, dewan seminar dsbnya. Websitenya: www.madanicenter.com
Disini kami diketemukan dengan Ustaz Hilmi ketua majlis syura PKS dan hanya sempat beberapa minit sahaja berdialog dengan delegasi Wanita IKRAM dan Yayasan Salam. Beliau bercerita panjang mengenai sejarah kemasukan Islam ke Indonesia untuk memahami perkembangan dakwah di Indonesia. MasyaAllah begitu kuat ingatan ustaz, dikisahkan kepada kami sejarahnya tahun demi tahun dengan bermulanya kemasukan Islam sejak zaman Uthman b Affan lagi. Pendatang asing datang sebagai pendakwah sambil berdagang dan berjaya mengislamkan raja-raja serta rakyatnya sehinggalah datang penjajah barat .....Macam duduk dikelas sejarah pula,
Sebelum itu makan tengah hari kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk yang enak masakan Bandung. Teringat pesanan ustazah Arpah selaku ketua rombongan kami agar membaca, menghafal dan merenungi surah al Mulk : 15
' Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah disegenap penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezkiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu ( kembali setelah ) dibangkitkan.'
Satu lagi perkongsian daripada MADANI CENTER dan Rumah Zakat Bandung yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh IKRAM Malaysia ialah mereka telah diberi kepercayaan untuk mengoptimalkan kutipan zakat, infak, sedekah dan dana kemanusiaan ( sebagai salah satu Lembaga Amil Zakat Nasional ) dengan melaksanakan program ' Gerakan Merangkai Senyum Indonesia' . Gerakan ini telah mengambil peduli terhadap keperluan masyarakat Indonesia melalui tiga program yang menarik dan unik;
Senyum Juara ( Pendidikan)
Senyum Mandiri ( Ekonomi )
Senyum Sehat ( Kesihatan )
Senyum Lestari (Lingkungan)
Mereka berazam menjadi World Class Socio-Religious NGO dalam membantu memberdayakan masyarakat.
Maklumat lanjut boleh layari: www.rumahzakat.org ( Tekan program BIG SMILE Indonesia )
MasyaAllah inilah habuan dunia mereka2 yang ikhlas , bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran dan mahu kepada kebaikan maka diluangkan Allah jalan kebajikan sebagai bekalan hari akhirat. Moga Allah berkati usaha mereka.

Pemandangan yang indah ketika menuruni tangga ke Dewan Rumah Zakat
Peserta berada di Dewan Rumah Zakat, Bandung
Penerangan mengenai aktiviti Madani Center Bandung
Pada sebelah malamnya, sekali lagi kami dijamu makan. Kali ini di restoran belakang kedai pakaian milik zaujah Ustaz Hilmi. Hampir lewat malam baru kami sampai di Makara. Pada keesokan paginya (selepas subuh) rombongan dari Thailand memohon diri untuk berangkat pulang. Kami wanita IKRAM masih ada beberapa jam untuk memilih beberapa cenderahati di kedai buku UI dan di pasar Tanah Abang. Alhamdulillah perjalanan kami sentiasa didampingi oleh beberapa orang pengurus Workshop Ketahanan Keluarga. Sempatlah membeli belah secara express kerana terpaksa berkejar ke airport pula untuk penerbangan KLM yang akan bertolak pukul 8.20pm nanti. Perjalanan dari Tanah Abang ke airport mengambil masa 2-3 jam.
Posing bersama akhawat Thailand selepas makan malam di
restoran Rabbani semasa balik dari Rumah Zakat
Bergambar bersama pengurus Workshop Ketahanan Keluarga
di luar musolla UI berhampiran kedai buku
WALAU KITA BERBEZA TETAPI HATI,
FIKRAH & MISI KITA SAMA MAKA KITA BERTEMU.
DIMANA SAHAJA KITA BERADA KITA ADALAH DU'AT, MENGEMBARA DI BUMI ALLAH DENGAN PETUNJUK AL-QURAN DAN SUNNAHNYA.
DUNIA INI IBARAT HABUK KECIl DI DALAM SATU BILIK YANG BESAR.
'Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan ia berkata ''Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri''
S. Fushshilat :33
Ya Allah...Semoga perkongsian ini mendorong kita semua untuk terus berada dan aktif dalam kafilah dakwah dalam mencari keredhaanNya Amin.
No comments:
Post a Comment